Hari raya tinggal tidak berapa hari lagi. Bagaimana dengan persediaan kuih raya anda? Masih mencari resepi yang sedap tetapi mudah dibuat? Apa kata anda cuba resepi Rice Bubble Cookies yang mudah dan sedap ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 250 grams Salted Butter (suhu bilik tapi jangan lembik)
  • 160 grams Crispy Rice Bubbles (boleh guna yang Putih atau Brown Rice Bubbles)
  • 120 grams Gula Pasir
  • 2 biji Telur Gred A
  • 350 grams Tepung Gandum*
  • 1 sudu teh Baking Soda* (*diayak bersama dalam 1 bekas)
  • 2 sudu teh Vanilla Extract/Essence
  • 175 grams Dark Chocolate Chips (atau boleh guna 1/2 Milk Chips + 1/2 Dark Chips jika suka sedikit manis)

Untuk cara membuatnya, mari kita tonton video berikut:

View this post on Instagram

Haaa! Yang ditunggu sudah tiba😁 Abang Danish kongsikan satu lagi Kudap-Kudap Raya mudah untuk dicuba dan untuk diisi dalam balang kuih Raya Mak-Mak dan semua Kesayangans nanti atau untuk produk jualan Raya🤗 Rice Bubble Cookies yang saaaaangat rangup dan sedap. Mesti anak-anak suka😍 Mak-Mak boleh juga buat cookies ini bersama dengan anak-anak kerana ianya memang mudah! Tolong baca semua dibawah ya! Selamat mencuba!🤗❤ . CHOCOLATE CHIP RICE BUBBLE COOKIES #ResipiDanishHarraz . BAHAN-BAHANNYA:- . 250 grams Salted Butter, suhu bilik tapi jangan biar terlalu lembik 160 grams Crispy Rice Bubbles (boleh guna yang Putih atau Brown Rice Bubbles) 120 grams Gula Pasir 2 biji Telur Gred A 350 grams Tepung Gandum* 1 suduteh Baking Soda* (*diayak dalam satu bekas) 2 sudu teh Vanilla Extract/Essence 175 grams Dark Chocolate Chips (atau boleh guna 1/2 Milk Chips + 1/2 Dark Chips jika suka sedikit manis) . NOTA & INFO TAMBAHAN:- . Danish guna scoop saiz 3cm. Kuantiti berapa banyak cookies yang dihasilkan bergantung kepada saiz cookies. . Pastikan Crispy Rice Bubbles dan semua bahan masih dalam keadaan yang baik untuk dapatkan hasil yang sama seperti Danish buat. Pastikan juga Butter dalam suhu bilik tapi tidak lembik kerana ini akan buat cookies jadi kembang dan flat. Bahan-bahan boleh ikut budget masing-masing. Manis cookies juga akan bergantung pada jenis chocolate chips yang digunakan. . Bakar cookies dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 18-20 minit pada suhu 160°C (ini bergantung pada suhu oven masing-masing) . Biarkan cookies sejuk didalam baking tray sebelum di alihkan. Kuantiti berapa banyak cookies yang dihasilkan bergantung kepada saiz. Simpan cookies dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik. . #KidBaker #iCookiBake #DanishsRedKitchen #ChocolateChipRiceBubbleCookies

A post shared by Founder Of Danish's RedKitchen (@danish.harraz) on

INFO TAMBAHAN

  • Gunakan scoop saiz 3cm. Kuantiti cookies yang boleh dihasilkan bergantung kepada saiz cookies.
  • Pastikan Crispy Rice Bubbles dan semua bahan masih dalam keadaan yang baik untuk dapatkan hasil yang terbaik.
  • Pastikan juga Butter dalam suhu bilik tapi tidak lembik kerana ini akan buat cookies jadi kembang dan flat.
  • Bahan-bahan boleh ikut budget masing-masing.
  • Manis cookies juga akan bergantung pada jenis chocolate chips yang digunakan.Bakar cookies dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 18-20 minit, api atas bawah pada suhu 160°C (ini bergantung pada suhu oven masing-masing)
  • Biarkan cookies sejuk didalam baking tray sebelum di alihkan. Simpan cookies dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.

Nampak mudah je kan? Sedap pula tu. Apa tunggu lagi, jom kita cuba buat cookies ni. Semoga berjaya!

Sumber: Danish Harraz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here