Botak boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Dalam keadaan normal, manusia kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari. Pada awalnya, rambut orang yang botak akan menipis perlahan-lahan sehinggalah kulit kepala ternampak jelas. Masalah rambut botak boleh menghilangkan keyakinan diri berikutan ia menampakkan kesan penuaan pada individu.

Keguguran rambut yang berlebihan mungkin dipengaruhi faktor kesihatan dan tidak mustahil juga, ia menjadi tanda penyakit yang tidak terduga. Jika anda mula merasakan tanda-tanda rambut gugur terlalu banyak dan semakin menipis, cubalah tips yang dikongsikan ini untuk merangsang pertumbuhan rambut baru.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 sudu lendir lidah buaya
  • 2 sudu minyak kelapa
  • 2 sudu madu

CARA-CARA:

  • Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya.
  • Campurkan lendir bersama bahan-bahan di atas
  • Lumurkan campuran ke kulit kepala sehingga rata dan urutkan 5 minit
  • Lumurkan lebihan campuran tadi ke seluruh bahagian rambut hingga rata
  • Sarungkan shower cap dan biarkan selama 15-20 minit
  • Bilas rambut dengan syampo dan conditioner sehingga bersih
Lidah Buaya

Ramuan tradisional ini menggunakan lidah buaya sebagai bahan utama. Lidah buaya dipercayai sejak zaman berzaman mampu membantu merangsang pertumbuhan rambut. Ini kerana, lidah buaya mengandungi active proteolytic enzymes yang dapat membantu menghalang rambut daripada gugur dan seterusnya merangsang pertumbuhan rambut baru serta mencegah kelemumur. Maka tidak hairan banyak produk penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama.

Sayangi rambut anda dan jom praktikkan tips ini sebelum terlambat. Jika anda merasakan tips ini agak leceh dan anda tidak kisah untuk berbelanja lebih, anda boleh saja beli produk yang dijual di drug stores seperti Guardian Aloe Vera Gel ini. Kesannya adalah sama dan sangat-sangat memberangsangkan. Belian boleh dibuat secara online juga.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here