Kuih Semperit adalah kuih tradisional yang wajib dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah di hari raya. Kuih semperit yang cair di mulut ini memang sangat digemari oleh anak-anak. Untuk membuatnya tidaklah sesukar mana malahan anda tidak memerlukan mixer untuk membuat kuih yang sedap ini. Apa kata untuk hari raya kali ini anda cuba resepi Semperit Cheese Unicorn seperti yang dikongsikan oleh Puan ‎Aisyah Zulaikha‎ di posting facebooknya.

Semperit Cheese Unicorn

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram butter (saya suka guna Farmcow)
  • 50 gram cream cheese (bahan yg saya tambah sendiri)
  • Setengah tin susu pekat manis
  • 4 sudu membukit tepung custard
  • 400 gram tepung jagung
  • Sedikit esen vanilla
  • Pewarna merah jambu dan biru

CARA-CARA:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali tepung custard dan jagung ke dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dengan menggunakan sudu.
  3. Apabila sudah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Selepas lembut, bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 untuk warna merah jambu, 1 warna biru dan 1 lagi tidak perlu letak apa apa warna.
  5. Terapkan guna acuan semperit.
  6. Bakar pada suhu 170°c selama 30 minit bergantung kepada oven anda.

Jangan lupa untuk mencuba ya!

Sumber: Puan Aisyah Zulaikha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here