Home Blog

Tawaran Diskaun Tiket Penerbangan Malaysia Airlines Jun 2019

Ini mungkin berita yang menggembirakan buat anda yang sukakan travel. Malaysia Airlines kembali dengan promosi ‘Fly Now Deals’ yang membolehkan anda menikmati kadar tambang yang rendah untuk tiket penerbangan dalam dan luar negara. Tempahan tiket boleh dibuat bermula 11 Jun 2019 sehingga 21 Jun 2019 di sini. Untuk makluman anda, promosi ini adalah untuk penerbangan dalam masa terdekat sehingga 31 Mac 2020.

Melalui tinjauan kami, tiket untuk penerbangan domestik boleh didapati pada harga serendah RM69 dan RM339 untuk penerbangan luar negara. Jangan berlengah lagi, inilah peluang anda untuk menikmati penerbangan ke destinasi pilihan bersama MAS pada kadar harga yang rendah berbanding kebiasaan.

Malang Bertimpa Buat Huawei, Facebook Larang Guna Aplikasi

Ketika Huawei sedang bergelut dalam usaha mengekalkan perniagaannya di Amerika Syarikat, Facebook, menerusi kenyataannya baru-baru ini telah membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosialnya di dalam telefon pintar Huawei. Kenyataan terkini dari Facebook ini merupakan suatu tamparan hebat buat Huawei yang ketika ini sedang berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Sekatan itu bagaimanapun cuma terpakai buat pelanggan baharu Huawei, manakala pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Huawei buat masa ini enggan memberikan sebarang ulasan terhadap perkembangan terbaru itu. Untuk rekod, syarikat tersebut telah menjana pendapatan terbesar tahun lalu dan turut disokong oleh pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia. Namun, langkah terbaharu Facebook ini sudah tentu menjejaskan jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd. pada masa akan datang.

Sumber: Reuters

Iklan Raya 2019 Yang Terbaik Dan Gempak

Sumber: Instagram kd_ija

Saban tahun ketika menjelang hari raya, sudah pasti kita akan ternanti-nantikan iklan yang keluar di kaca televisyen. Terlalu banyak iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat dan produksi tempatan pada tahun 2019 ini yang pada pandangan penulis telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk menyampaikan mesej yang terkesan di hati penonton dan menghiburkan. Berikut adalah beberapa iklan raya yang pada hemat penulis adalah terbaik bagi tahun ini.

IKLAN PALING SEDIH

Petronas
Plus
Fig Oil

IKLAN PALING KELAKAR

TNB
Watsons
Touch N Go

Macam mana? Menarik kan? Jom kongsikan iklan raya pilihan anda di ruangan komen di bawah. Selamat hari raya!

8 Aplikasi Android Terbaik Untuk Hasil Gambar ala Kamera DSLR

Sesiapa pun pasti teringin mengambil gambar yang paling cantik di dunia. Namun tak semua orang mampu membeli kamera yang mahal untuk menghasilkan gambar yang cantik. Tahukah anda, yang anda sebenarnya tidak memerlukan kamera mahal untuk tujuan itu? Ini kerana ada banyak aplikasi android bagi tujuan blurring background seperti yang ada pada pada kamera DSLR yang boleh anda dapatkan di Google Play.

Aplikasi android yang disenaraikan di bawah mungkin boleh membantu anda. Ciri-ciri asas semua aplikasi ini hampir sama. Yang membezakannya cuma beberapa ciri tambahan yang dicipta khas bagi memenuhi segmen pasaran yang disasarkan oleh developer. Yang pasti, aplikasi ini mampu membawa gambar anda berada di suatu tahap yang berbeza.

1.Google Camera Download

2. After Focus Download

3. Blur Image Download

4. Instagram Focus Effect Download

5. DSLR Camera Blur Background Download

6. Bokeh (Background defocus) Download

7. Blur Download

8. Focus Effects Download

Haa apa lagi, bolehlah anda cuba mana-mana aplikasi yang anda suka untuk ambil gambar di hari raya nanti. Pasti berbeza!

Sumber: Google Play

Raya 2019: Senarai 27 Barangan Harga Terkawal Untuk Panduan Anda

Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) bagi melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan selain menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan. Pelaksaan skim ini diharapkan akan lebih memudahkan pengguna memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan oleh kerajaan. Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2019 ini, pelaksanaan SKHMP adalah berkuatkuasa dari 21 Mei sehingga 19 Jun 2019.

Pengenalan: Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP)

Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946). Di bawah Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Jenis Barang Harga Terkawal


Peniaga diwajibkan meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan. Peniaga juga tidak dibenarkan menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan selain memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi. Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan mengakibatkan denda sehingga RM100,000 atau 3 tahun penjara (bagi orang persorangan) dan denda maksimum RM500,000 bagi pertubuhan perbadanan.

Sebagai pengguna yang bijak, anda perlulah merancang membeli barang yang penting terlebih dahulu memandangkan tarikh hari raya dapat dijangkakan lebih awal. Selain itu, anda perlu mengubah tabiat membeli-belah dan mengelak berbelanja pada saat-saat akhir kerana ia boleh menyumbang kepada kenaikan harga.

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

Tonton Reaksi Netizen Mendapat Duit Raya ‘Free’ Dari Youtuber Ini

Baru-baru ini tular video pengasas Intraday iaitu saudara Moshed Mohamad yang menjalankan misi memberi sumbangan kepada penunggang motorsikal di salah sebuah stesen minyak di ibu kota. Beliau bukan sekadar membayarkan duit minyak motor mereka, malah turut memberi sumbangan duit raya kepada mereka yang bertuah.

Kebanyakan penerima sumbangan terkejut apabila dihulurkan duit raya malah ada yang berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saudara Moshed yang juga seorang youtuber terkenal. Rata-rata netizen pula memuji tindakan mulia beliau memandangkan kesanggupannya berkongsi rezeki dengan orang yang kurang bernasib baik. Mereka turut terharu melihat keikhlasan jejaka ini dan mendoakan beliau dimurahkan rezeki dan dilapangkan segala urusan.

Di akhir video, attendant pam Petronas tersebut yang bersemangat membantu saudara Moshed menjayakan misinya turut mendapat duit raya tanpa disangka-sangka oleh beliau. Pastinya sumbangan ini amat bermakna dan dapat membantu meringankan kos persediaan hari raya mereka. Salute!

Sumber: Moshed Mohamad

Peka Gejala Keracunan Makanan Dan Atasi Dengan 5 Tips Berguna Ini

APAKAH KERACUNAN MAKANAN?

Keracunan makanan ialah apa sahaja penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar yang mengandungi bakteria dan virus. Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda keracunan makanan termasuk rasa mual, muntah, cirit-birit (diarea), pening serta gangguan perut. Ada juga yang lebih serius membabitkan keracunan sistem saraf. Keadaan ini lebih berbahaya bagi kanak-kanak.

SIMPTOM KERACUNAN MAKANAN

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

  • Agen penyebab keracunan tersebut
  • Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

  1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  3. Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  4. Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  5. Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  6. Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  7. Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

CARA MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN

  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
    • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

5 TIPS PENTING YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MENGALAMI KERACUNAN MAKANAN

  1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  2. Ikut nasihat doktor
  3. Istirehat yang mencukupi
  4. Perbanyakkan minum air putih
  5. Makan makanan seperti pisang, nasi dan roti unyuk mengatasi perasaan loya dan mual

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Citarasa Mewah Kuih Raya Tat Cadburry

Aduhaii, kaum hawa ini kalau dibiarkan di dapur, bermacam-macam kreativiti dan inovasi makanan yang akan ditonjolkan. Apa tidaknya, lihatlah kuih Tat Cadburry dari Nur Azila Hanafiah ini. Sangat kreatif dan menggiurkan. Memandangkan hari raya semakin hampir, mari kita cuba resepi mudah ini.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

  • 180 gram mentega
  • 80 gram shortening
  • 90 gram gula ising
  • 1 biji kunig telur
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 70 gram cream cheese

BAHAN B

  • 400 gram tepung gandum
  • 80 gram tepung jagung

BAHAN C

  • 1 botol coklat Cadburry (200 pcs)
  • Sedikit putih telur (untuk sapuan)

CARA-CARA:

  1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata
  3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap
  4. Potong / terap mengikut saiz dan ketebalan coklat Cadburry
  5. Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dengan suhu 150-160 darjah. Pastikan api atas dan bawah dan dibakar selama 20 minit. (Nota: Pada 5 minit terakhir, pusingkan tray untuk pembakaran sekata)
  6. Biarkan biskut sejuk. Sapukan putih telur dan letakkan coklat Cadburry.
  7. Bakar lagi selama 5 minit sehingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang. Gunakan api atas dan bawah, dan rak paling bawah
  8. Sejukkan di atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (tujuan menyerap minyak)

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Azila Hanafiah

Memburu Lailatul Qadar: 7 Amalan Terbaik di 10 Malam Terakhir Ramadhan

APAKAH ITU MALAM LAILATUL QADAR?

Lailatul Qadar dinyatakan di dalam al-Quran sebagai “lebih baik daripada seribu bulan”. Malam Qadar ini cuma ada pada bulan Ramadhan dan disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Apa sahaja ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, berzikir kepada Allah, dan lain-lain ibadah adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Rasulullah s.a.w sendiri melakukan ibadah dengan penuh ketaatan dan bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, berbanding pada masa-masa yang lain. Saidatina Aishah (RA) berkata bahawa Nabi bersabda:

“Carilah Lailatul Qadar pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan”


(HR. Bukhari)

Rasulullah s.a.w menyeru umatnya untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t dan menjauhkan diri dari pelbagai hal dunia. Ibadah yang dilakukan diharap dapat menggapai kebaikan dan keberkatan yang disediakan Allah s.w.t dalam bulan yang mulia ini. Baginda bersabda:

“Sesiapa yang sembahyang pada malam Qadar (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan harapan untuk mendapat ganjarannya, maka semua dosa-dosa sebelum ini akan diampunkan.”


(HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

7 AMALAN DI SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Oleh itu, sebagai umat yang cintakan Rasulullah s.a.w, sebaiknya kita mencontohi amalan Rasulullah dalam beribadah ketika menjelang 10 malam terakhir Ramadhan bagi meraih ganjaran istimewa dari Allah s.w.t. Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah:

1Qiamullail

Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”

2Membaca Al Quran

Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, bulan di mana turunnya al-Quran (Nuzul al-Quran).

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda seperti mana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.”   


(Surah al Baqarah:185)

Oleh yang demikian, umat Islam haruslah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

3Beriktikaf

Iktikaf ialah berdiam diri dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan cara menyucikan jiwa dan hati, merenungi dosa-dosa (perbuatan-perbuatan) yang telah dilakukan, memohon petunjuk untuk menghadapi kehidupannya dihadapan, dan menghadap ke hadrat Allah dengan segala keperluan dan urusannya.

Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan. Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beriktikaf pada 10 malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;

“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”

4Banyakkan Berdoa

Doa adalah ibadah/amalan yang disukai oleh para nabi dan rasul serta orang yang soleh. Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyak pada 10 malam terakhir Ramadan. Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”


(Surah al-Baqarah:186)

Saidina Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:

‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’

Baginda berkata:

“Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku”


(HR. Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi)

5Banyakkan Beristighfar Dan Bertaubat

Dalam melalui sepuluh malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut pada oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:

“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.”    


(Surah an-Nur:31)

Istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Kita sebagai seorang manusia biasa tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Oleh itu, kita perlulah sentiasa beristighfar di dalam kehidupan seharian kita. Istighfar mempunyai banyak lafaz dan bukannya terhad pada satu lafaz sahaja. Semoga Allah meletakkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga.

6Mengerjakan Umrah

Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”

Ibadah umrah dapat dilakukan sepanjang tahun. Namun umrah di bulan Ramadhan memiliki nilai pahala yang lebih tinggi. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Umrah di bulan Ramadhan (pahalanya) menyerupai haji”


(HR. Tirmidzi)

Semoga Allah memudahkan jalan bagi kita untuk melaksanakan umrah di bulan Ramadhan dan memberi taufik dan inayah-Nya kepada kita agar dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal-amal kebaikan.

7Sedekah

Amalan ibadah bulan Ramadhan tidak hanya yang berhubungan langsung dengan Allah, tapi juga terdapat amalan yang memberikan kebaikan langsung kepada orang lain. Salah satunya adalah sedekah. Memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadhan telah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a.:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan. Dan kedermawaan beliau akan bertambah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. Beliau bertemu dengan Jibril setiap malam Ramadhan untuk mempelajari Al-Quran, dan Rasulullah s.a.w lebih dermawan dari hembusan angin (yakni sangat mudah mengeluarkan sedekah).”


(HR. Bukhari)

Sedekah di bulan Ramadhan boleh dilakukan dengan mengeluarkan sedekah seperti kebiasaannya. Tetapi, kita akan mendapat lebih pahala jika sedekah itu dilakukan dengan cara memberi makanan untuk berbuka, kerana kita akan mendapat dua pahala sekaligus iaitu pahala sedekah dan pahala memberi makan orang berbuka puasa.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t tentang istimewanya malam Lailatul Qadar dengan memperbanyakkan lagi amal ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.

Bisnes Lingkup: Jamie Oliver Akur Setelah 2 Tahun Cuba Pertahan

Chef selebriti terkenal, Jamie Oliver mengakui bahawa beliau sangat sedih setelah rangkaian restorannya terpaksa ditutup dan diletakkan di bawah perlindungan pemiutang. Sehingga kini, 23 daripada 25 restoran miliknya telah sah ditutup dan melibatkan pemberhentian pekerja seramai 1000 orang. Difahamkan bahawa dua restoran iaitu Itali Jamie dan Jamie Oliver’s Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan terus beroperasi dalam jangka pendek dan 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.

Jamie Oliver dalam satu kenyataan berkata, “Saya memahami betapa teruknya orang yang terjejas akibat perkara ini.” Syarikat itu baru-baru ini telah merancang untuk mendapatkan pelaburan tambahan ke dalam perniagaan dan Jamie Oliver sendiri, sejak awal 2019 telah menyuntik dana tambahan sebanyak £4 juta. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jamie Oliver dikenali dengan buku-buku Naked Chef dan rancangan TVnya yang disiarkan di puluhan negara. Beliau juga kerap berkempen untuk makanan sihat termasuk makanan di sekolah.

Perniagaan beliau mengalami kesulitan sejak dua tahun yang lalu, dengan sejumlah restoran Itali dan Barbekoa terpaksa ditutup. Pada tahun 2017, beliau menutup rangkaian restoran yang terakhir iaitu Union Jacks dan menutup majalah keluarannya, Jamie, yang telah beroperasi selama hampir 10 tahun. Jamie dilaporkan menyuntik dana sebanyak £3 juta wangnya sendiri ke dalam perniagaan restorannya pada tahun tersebut.

Simon Mydlowski, seorang rakan kongsi di firma undang-undang Gordons dan juga pakar dalam industri perhotelan berkata, Jamie telah gagal mengikuti tren f&b yang berubah-ubah. “Untuk berjaya dalam sektor ini, anda perlu sentiasa berubah, dari segi menu dan pilihan minuman untuk mengekalkan pelanggan.” “Akibat dari sewa yang tinggi, kenaikan harga bahan mentah makanan dan persaingan yang meningkat, restoran ini memerlukan kelainan untuk terus kekal bersaing.”

Video via ITV News

Sumber: BBC

Makan Murah dan Sedap di KL

Menu Di Eye’s Steak

https://www.youtube.com/watch?v=1mypr13qVMA Eye’s Steak merupakan sebuah gerai yang terletak di Pantai Dalam Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai pilihan makanan...

TIPS & PETUA

error: