Promosi Berbuka Puasa KL 2019: Western Dulang di Eye’s Steak

252

Di mana lokasi berbuka puasa anda pada tahun 2019 ini? Jika anda berada di sekitar Lembah Klang, anda boleh mempertimbangkan Eye’s Steak Pantai Dalam sebagai salah satu destinasi berbuka puasa anda kali ini.

Untuk sama-sama meraikan Ramadhan yang mulia ini, Eye’s Steak menawarkan diskaun hebat iaitu potongan sebanyak 20% bagi menu popularnya, Western Platter. Ada 2 jenis Western Platter di Eye’s Steak iaitu Regular Platter dan Ultimate Platter.

Western Platter

Promosi ini sah untuk pelanggan yang dine-in sahaja. Setiap Western Platter mengandungi:

ULTIMATE PLATTER
RM39.90
(harga asal RM49.90)

  • Australia Grilled Lamb
  • Chicken Leg
  • Chicken Parmigiana
  • Aglio Olio Seafood
  • Meatballs
  • Fried Rice
  • Wedges
  • French Fries
  • Cheese Sauce
  • Blackpepper Sauce

REGULAR PLATTER
RM29.90
(harga asal RM39.90)

  • Australia Grilled Lamb
  • Chicken Parmigiana
  • Beef Bolognese
  • Meatballs
  • French Fries
  • Salad
  • Cheese Sauce
  • Blackpepper Sauce

Anda tidak perlu risau jika pilihan di dalam Western Platter tidak memenuhi selera anda, kerana anda boleh mix & match hidangan mengikut bajet dan kehendak anda. Apa yang paling penting adalah ia masih lagi murah berbanding set dulang western di tempat lain.

Oh ya, Eye’s Steak tidak sekadar menawarkan menu dulang western sebagai menu berbuka, sebaliknya turut menjual hidangan Melayu seperti Nasi Goreng Seafood. Selain itu, menu western ala carte yang lain seperti Chicken Chop, Lamb Grill, Carbonara Pasta dan banyak lagi turut dijual seperti biasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan tempat duduk, boleh dilakukan dengan menekan pautan di bawah:



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here