APAKAH KERACUNAN MAKANAN?

Keracunan makanan ialah apa sahaja penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar yang mengandungi bakteria dan virus. Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda keracunan makanan termasuk rasa mual, muntah, cirit-birit (diarea), pening serta gangguan perut. Ada juga yang lebih serius membabitkan keracunan sistem saraf. Keadaan ini lebih berbahaya bagi kanak-kanak.

SIMPTOM KERACUNAN MAKANAN

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

  • Agen penyebab keracunan tersebut
  • Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

  1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  3. Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  4. Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  5. Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  6. Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  7. Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

CARA MENCEGAH KERACUNAN MAKANAN

  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
    • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

5 TIPS PENTING YANG PERLU DILAKUKAN JIKA MENGALAMI KERACUNAN MAKANAN

  1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  2. Ikut nasihat doktor
  3. Istirehat yang mencukupi
  4. Perbanyakkan minum air putih
  5. Makan makanan seperti pisang, nasi dan roti unyuk mengatasi perasaan loya dan mual

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here