Eye’s Steak merupakan sebuah gerai yang terletak di Pantai Dalam Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai pilihan makanan barat pada harga yang paling berpatutan. Anda pasti tidak percaya yang Chicken Chop di sini berharga RM5.90 bukan? Ia memang sangat berbaloi jika dilihat dari segi saiz hidangan yang agak besar dan tahap kesedapannya. Isi ayam yang digoreng rangup dan dibanjiri dengan sos blackpepper yang pekat ini menjadi kunci utama menu Chicken Chop di sini mendapat sambutan hangat. Dihidangkan bersama kentang goreng dan salad segar, menu yang cukup mengenyangkan ini memang wajib anda cuba!

Chicken Chop

Eye’s Steak menampilkan kelainan tersendiri dengan membenarkan pelanggan untuk membuat pilihan side dish sendiri. Setiap hidangan utama akan disertakan dengan sauted vege dan anda boleh memilih sama ada mahukan nasi atau pasta sebagai additional side dish.

Chicken Parmigiana

Antara beberapa menu yang popular di sini selain Chicken Chop adalah Rib-eye Steak, Lamb Grill, Carbonara Pasta dan Marinara Pasta. Menu steak dan lamb di sini sangatlah juicy. Ia digrill bersama herba terpilih yang segar bagi menaikkan aroma masakan yang bakal membuatkan tali perut anda bergetar.

Lamb Grilled

Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan makanan di Eye’s Steak yang menurut mereka setanding dengan makanan di hotel. Mereka juga cukup terkejut dengan harganya yang sangat berpatutan.

Carbonara Pasta

Oh ya! Sempena dengan bulan Ramadhan, Eye’s Steak kembali dengan hidangan terbaiknya iaitu Western Platter. Set dulang western dengan diskaun hebat!

Promosi Iftar 2019

Jangan berlengah lagi. Inilah kedai makan yang patut anda cuba tanpa kerisauan lagi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here