Adakah anda pernah mendengar perkhidmatan penghantaran Bungkusit? Secara ringkasnya, Bungkusit adalah salah satu penyedia penghantaran makanan. Seperti contoh Foodpanda dan Grabfood, idea membayar untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan bukanlah sesuatu yang pelik ketika ini.

Dilancarkan pada tahun lalu, Bungkusit menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk apa-apa sahaja barangan, pada bila-bila masa dan ke mana sahaja di Lembah Klang pada kadar asas bermula RM5.

Sekalipun anda teringin untuk makan durian pada tengah malam, anda tidak perlu risau kerana anda hanya perlu mengunakan aplikasi ini untuk memenuhi selera anda. Tonton video di bawah tentang bagaimana untuk menggunakan aplikasi Bungkusit untuk memesan makanan terutamanya di Eye’s Steak! Selamat mencuba 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here