Hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Tiba-tiba risaukan kulit wajah yang kusam dan tidak berseri? Anda tidak keseorangan. Ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Tekanan di tempat kerja, pola pemakanan yang tidak betul dan rutin penjagaan kulit yang salah menjadi antara penyebab kulit anda berminyak, berjerawat, kusam dan berjeragat.

Adakah anda sedang memikirkan ke spa atau menjalani facial treatment di pusat kecantikan untuk mendapatkan kulit yang glowing dan sihat? Fikirkan sekali lagi idea anda itu. Kos rawatan yang agak mahal mungkin akan membebankan anda. Cara mudah, ikuti 7 petua kecantikan dengan bahan semulajadi yang selamat untuk kulit tanpa melibatkan kos yang tinggi seperti yang dikongsikan ini:

7Madu dan Yogurt

Yogurt membantu menghidrat dan membersihkan kulit anda dan hasilnya, kulit anda bersinar dengan sekata. Caranya, campurkan 1 sudu teh madu dengan 2-3 sudu teh yogurt. Sapu di wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air yang sejuk. Cuba lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Selain itu, anda boleh sapukan campuran madu dan yogurt tadi di kulit kepala sehingga ke hujung rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air yang sejuk dan syampoo kesukaan anda. Lihat hasilnya nanti. Pasti memuaskan hati!

6Aloe Vera, Minyak Kelapa dan Madu

Campuran aloe vera, minyak kelapa dan madu sangat baik untuk kulit dan rambut. Caranya, campurkan aloe vera (kuantiti terpulang kepada anda) dengan minyak kelapa dan 4-5 sudu teh madu dan 1 sudu teh gula. Gula akan bertindak sebagai agent scrub.

Urutkan campuran ini pada keseluruhan badan sekali seminggu dan nikmati hasil kulit yang lembut dan bersinar. Boleh juga disapu pada wajah dan biarkan selama 15 minit sehingga ia kering. Bencikan jerawat yang datang tak kira masa? Apply gel aloe vera sahaja sudah mencukupi. Urutkan lembut pada wajah. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.

5Almond dan Susu

Rendam segelas almond atau badam selama seharian. Kemudian hancurkan badam dan dicampur dengan susu segar. Sapukan pada bahagian muka dan leher dan biarkan kering sebelum dibilas dengan air sejuk. Hasilnya, anda akan dapati kulit anda lembut dan lebih cerah. Selain untuk masker wajah, badam juga sesuai untuk diet memandangkan ia adalah sumber protein yang terbaik.

4Timun dan Lemon

Timun sangat baik kerana ia adalah agen penyejuk manakala lemon pula baik untuk menghapuskan kulit gelap. Caranya, kisar setengah batang timun dan perah separuh biji lemon ke dalamnya. Sapukan campuran ini di bahagian kulit yang gelap. Boleh juga dicampurkan dengan tepung gram untuk tekstur masker yang lebih likat. Selain itu, hirisan timun boleh digunakan untuk menghapuskan lebihan minyak di wajah dengan cara menggosokkannya dengan lembut di bahagian muka.

3Tepung Gram dan Kunyit

Tepung Gram

Tepung gram boleh membantu mencerahkan kulit wajah. Caranya, campurkan tepung gram, almond, tepung beras dan serbuk kunyit dan gunakan ia sebagai scrub. Atau lebih mudah, anda gunakan saja tepung gram dan serbuk kunyit sebagai masker wajah. Amalkan sekali seminggu sebelum mandi. Tips penting, selepas menggunakan masker ini, jangan gunakan sabun berkimia untuk mencuci muka kerana ia akan menghilangkan seri semulajadi wajah anda.

2Pisang dan Putih Telur

Putih telur membantu mengecilkan liang pori manakala pisang berfungsi sebagai instant glow. Jadi, untuk hari raya yang sempurna, pastikan anda gunakan masker campuran 2 bahan ini untuk mendapatkan kulit bercahaya yang cepat. Tips ini berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis campuran.

1Oatmeal

Oat mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai saponin yang mempunyai sifat pembersih yang baik. Jadi, daripada menggunakan cleanser yang mempunyai bahan kimia keras di dalamnya, adalah lebih baik jika anda gunakan oat dan minyak kelapa sebagai pembersih semulajadi wajah anda.

Anda sukakan tips ini? Tips yang mana anda dah cuba dan berkesan untuk kulit anda? Kongsikan bersama kami menerusi ruangan komen di bawah. Kepada yang baru nak mencuba, semoga berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here