Ukraine – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun ditemui maut di dalam keadaan rentung di dalam kereta milik bapanya. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kozatske, selatan Ukraine. Kanak-kanak tersebut, Oryna, rentung selepas bermain dengan mancis yang dijumpainya di dalam kereta.

Mangsa dipercayai memanjat masuk ke dalam kereta yang berada di halaman rumah dan dipercayai secara tidak sengaja menyalakan mancis dan terjatuh di atas tempat duduk kereta sebelum ianya terbakar. Usaha bapanya untuk menyelamatkan anaknya gagal berikutan asap tebal.

Sumber: Mirror Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here