Aduhaii, kaum hawa ini kalau dibiarkan di dapur, bermacam-macam kreativiti dan inovasi makanan yang akan ditonjolkan. Apa tidaknya, lihatlah kuih Tat Cadburry dari Nur Azila Hanafiah ini. Sangat kreatif dan menggiurkan. Memandangkan hari raya semakin hampir, mari kita cuba resepi mudah ini.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

  • 180 gram mentega
  • 80 gram shortening
  • 90 gram gula ising
  • 1 biji kunig telur
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 70 gram cream cheese

BAHAN B

  • 400 gram tepung gandum
  • 80 gram tepung jagung

BAHAN C

  • 1 botol coklat Cadburry (200 pcs)
  • Sedikit putih telur (untuk sapuan)

CARA-CARA:

  1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata
  3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap
  4. Potong / terap mengikut saiz dan ketebalan coklat Cadburry
  5. Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dengan suhu 150-160 darjah. Pastikan api atas dan bawah dan dibakar selama 20 minit. (Nota: Pada 5 minit terakhir, pusingkan tray untuk pembakaran sekata)
  6. Biarkan biskut sejuk. Sapukan putih telur dan letakkan coklat Cadburry.
  7. Bakar lagi selama 5 minit sehingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang. Gunakan api atas dan bawah, dan rak paling bawah
  8. Sejukkan di atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (tujuan menyerap minyak)

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Azila Hanafiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here