Chef selebriti terkenal, Jamie Oliver mengakui bahawa beliau sangat sedih setelah rangkaian restorannya terpaksa ditutup dan diletakkan di bawah perlindungan pemiutang. Sehingga kini, 23 daripada 25 restoran miliknya telah sah ditutup dan melibatkan pemberhentian pekerja seramai 1000 orang. Difahamkan bahawa dua restoran iaitu Itali Jamie dan Jamie Oliver’s Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan terus beroperasi dalam jangka pendek dan 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.

Jamie Oliver dalam satu kenyataan berkata, “Saya memahami betapa teruknya orang yang terjejas akibat perkara ini.” Syarikat itu baru-baru ini telah merancang untuk mendapatkan pelaburan tambahan ke dalam perniagaan dan Jamie Oliver sendiri, sejak awal 2019 telah menyuntik dana tambahan sebanyak £4 juta. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jamie Oliver dikenali dengan buku-buku Naked Chef dan rancangan TVnya yang disiarkan di puluhan negara. Beliau juga kerap berkempen untuk makanan sihat termasuk makanan di sekolah.

Perniagaan beliau mengalami kesulitan sejak dua tahun yang lalu, dengan sejumlah restoran Itali dan Barbekoa terpaksa ditutup. Pada tahun 2017, beliau menutup rangkaian restoran yang terakhir iaitu Union Jacks dan menutup majalah keluarannya, Jamie, yang telah beroperasi selama hampir 10 tahun. Jamie dilaporkan menyuntik dana sebanyak £3 juta wangnya sendiri ke dalam perniagaan restorannya pada tahun tersebut.

Simon Mydlowski, seorang rakan kongsi di firma undang-undang Gordons dan juga pakar dalam industri perhotelan berkata, Jamie telah gagal mengikuti tren f&b yang berubah-ubah. “Untuk berjaya dalam sektor ini, anda perlu sentiasa berubah, dari segi menu dan pilihan minuman untuk mengekalkan pelanggan.” “Akibat dari sewa yang tinggi, kenaikan harga bahan mentah makanan dan persaingan yang meningkat, restoran ini memerlukan kelainan untuk terus kekal bersaing.”

Video via ITV News

Sumber: BBC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here