Saban tahun, setiap kali menjelang lebaran, pereka tempatan tidak pernah gagal menggembirakan kita. Terlalu banyak rekaan baju Melayu dan Kurung yang terkini dikeluarkan. Ada yang mahal, dan ada pula yang murah.

Tetapi ada juga design yang terlalu cepat melangkaui masa dan fikiran kita. Sebagai contoh design dari pelakon terkenal Erry Putra ini. Rekaan baju Melayu beliau dikatakan lebih praktikal memandangkan ia dilengkapi mantel multipurpose yang boleh ditanggalkan dan berfungsi sebagai sejadah.

Rekaan ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang suka dan tidak kurang pula yang mengecam rekaan baju Melayu Erry Putra. Malah tinjauan kami di beberapa posting di media sosial menggelarkan rekaan itu sama seperti mantel yang dikenakan oleh watak filem adi wira Thor! Apa pula pendapat anda?

Tidak ketinggalan juga, ada pereka yang berani menampilkan suatu rekaan yang betul-betul memaksa otak kita bekerja lebih keras untuk hadam. Seperti rekaan dari Truna by Propaganda ini.

Image via:

Baju Melayu rekaan pereka ini dikeluarkan dalam pelbagai variasi warna dan corak. Uniknya rekaan ini adalah pada renda yang diletakkan di bahagian bawah baju. Jangan tidak percaya jika kami katakan rekaan ini mendapat permintaan yang tinggi di platform beli belah online seperti Lazada, Shoppee dan Zalora! Apa pula pendapat anda?

Pelik tapi benar. Citarasa fesyen netizen sudah berubah atau pereka tempatan kita terlalu berani? Anda saja yang berhak menentukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here