Perjalanan menaiki kenderaan dengan anak kecil kadang kala boleh menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa yang tidak membuat persediaan. Tambah-tambah lagi di musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dengan keadaan anda yang berpuasa, tingkah laku anak-anak sering kali menguji kesabaran. Anak kecil tidak betah duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Mereka akan menjadi cepat bosan dan mudah marah.

Mari kita lihat 7 tips berguna untuk anda bagi mengurangkan ragam anak-anak ketika menempuh perjalanan jauh terutamanya di musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

1Less is More

Anda perlu merancang perjalanan dengan teliti kerana sedikit kesilapan akan memberi kesan kepada mood anda dan anak anda. Jika dapat, elakkan memandu lebih dari 500km pada satu-satu masa. Berhenti rehat di RnR yang berdekatan dan biarkan anak-anak bermain di playground RnR bagi melepaskan stress mereka.

2Berada di Tempat Yang Betul dan Pada Masa Yang Tepat

Elakkan sehabis boleh perjalanan sewaktu cuti sekolah baru bermula atau baru berakhir, kerana kesesakan jalan raya sangat amatlah menyusahkan. Anak-anak di seat belakang boleh bertukar watak dan mood. Ia akan sangat menguji kesabaran anda. Cuba rancang untuk rileks 1 hari di rumah terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya ketika orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.

3Bertolak Awal, Tiba Awal

Cuba anda usahakan untuk bertolak ke kampung sebelum subuh. Pada waktu sebegitu, anak-anak biasanya masih mengantuk dan mereka akan terus tertidur walaupun di dalam kenderaan yang sedang bergerak. Bukankah itu memudahkan anda nanti?

4Jajan atau Kudap-Kudapan

Perut yang lapar boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Anak-anak akan lebih terkawal jika anda menyediakan jajan/kudap-kudapan di dalam kereta bagi mengisi perut mereka yang lapar. Buah-buahan yang dipotong kecil sudah mencukupi sebagai kudapan tetapi it’s ok jika sesekali anda berikan mereka biskut dan gula-gula untuk saat-saat yang tidak terjangka.

5Pengurusan Tandas

Jangan ambil mudah dengan cuma bertanya sama ada anak anda mahu ke tandas atau tidak. Sebaliknya anda bawa mereka terus ke tandas. Oh ya, pakaian ganti juga mesti dibawa bagi menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyalin pakaian.

6Masa Pemanduan Adalah Juga Masa Bermain

Anak anak akan duduk diam jika mereka ada sesuatu aktiviti yang dapat mereka lakukan. Tidak perlu rumit, sediakan peralatan asas ini: Pensel, pensel warna dan buku bergambar. Sediakan juga lagu-lagu atau filem kegemaran mereka dengan membawa CD atau thumb drive untuk dipasang di dalam kereta.

7Jalan Terakhir: Berikan Gadget!

Jika terpaksa, berikan mereka gadget. Namun, pastikan hanya family-friendly mobile apps sahaja di gadget tersebut. Anak anda boleh menonton rancangan kartun, membaca buku digital dan seumpamanya manakala anda boleh meneruskan pemanduan tanpa gangguan.

Sumber: BMW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here