1. Elakkan dehidrasi

Tempoh berpuasa yang hampir 12 jam dan ditambah pula panas terik matahari, memudahkan anda mendapat dehidrasi. Walaupun berpuasa, anda tetap perlu mejaga tubuh badan anda dari terkena dehidrasi. Ada beberapa tips untuk memastikan tubuh tetap terhidrasi sepanjang menjalani ibadah puasa.

Pertama, anda digalakkan untuk minum air putih dengan pola 2-4-2, iaitu minum 2 gelas air putih ketika waktu berbuka, 4 gelas sepanjang malam dan 2 gelas sewaktu sahur. Kedua, anda perlu mengelakkan minuman yang mengandung kafein sepanjang berpuasa. Kesan mengambil kafein 3-6 jam sebelum tidur akan membuatkan anda sukar tidur dan ini menyebabkan tubuh anda keletihan untuk berpuasa di keesokkan harinya.

2. Waspada dengan apa yang anda makan pada waktu sahur

Makanan yang berunsurkan tepung dan mengandungi kadar gula tinggi akan memaksa tubuh menghasilkan glukosa yang tinggi yang akan mengakibatkan keletihan. Makanan yang berlemak tinggi dan berminyak juga akan membuatkan tubuh lebih cepat dahaga ketika puasa.

Untuk mengelakkan hal ini, anda sangat digalakkan untuk makan makanan yang seimbang sewaktu sahur. Pertimbangkan untuk menambah sayur, protein atau buah-buahan di dalam pola makanan anda. Sebagai contoh, telur adalah sangat baik untuk dijadikan hidangan bersahur kerana 1 biji telur mampu menghasilkan energy sebanyak 80 kalori. Oleh itu, 1 atau 2 biji telur sewaktu sahur adalah mencukupi dan anda akan mendapat tenaga yang mencukup untuk melakukan aktiviti harian sepanjang berpuasa.

3. Tetaplah bersenam

Senaman ringan sudah mencukupi sebagai aktiviti menyegarkan badan. Beberapa gerakan ringan dapat merangsang tubuh supaya kekal aktif dan bertenaga sepanjang berpuasa. Lakukan regangan dan senaman ringkas ini ketika sahur, tengah hari dan sebelum berbuka. Anda juga boleh berjalan kaki sekurang-kurangnya 10 minit bagi tujuan ini. Bagi yang tidak suka bersenam bolehlah melakukan aktiviti lain seperti boleh berkebun atau mengemas rumah.

4. Tidur nyenyak

Tidur yang nyenyak mampu membuatkan tubuh anda segar untuk melakukan aktiviti seharian. Jika ingin mendapatkan tidur yang nyenyak, anda perlu menyusun atur pola makanan anda dengan hanya makan makanan yang sihat. Elakkan makan berlebihan ketika berbuka kerana ia hanya mengganggu metabolisma badan dan membuatkan anda sukar tidur. Selesai berbuka dan berterawih, jangan pula melengah-lengahkan masa untuk tidur ya! Elakkan berjaga malam untuk perkara yang tidak perlu kerana ia akan mengurangkan tenaga anda dan cuma menyebabkan keletihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here