Sesibuk mana pun kita, rutin memasak memang tidak dapat ditinggalkan. Tidak kira memasak untuk diri sendiri atau keluarga, aktiviti ini benar-benar memerlukan komitmen yang bukan sedikit. Masa yang terhad perlu dimaksimumkan penggunaannya agar sentiasa efficient. Tahukah anda petua-petua yang mak-mak kita amalkan semasa di dapur agar masakan lebih sedap? Dan juga petua-petua agar proses memasak menjadi lebih cepat dan teratur? Puan Ayue Jalal ada perkongsiannya:

  • Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.
  • Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.
  • Nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama dan gunakan gula merah.
  • Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak percaya cuba lah.

  • Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau…nak masak baru basuh.
  • Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau.
  • Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun, rendam dalam air kapur sirih, dan bilas… kesannya timun rangup walaupun berjam-jM simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.

Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam… nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap.

  • Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dlm peti ais.
  • Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
  • Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam goreg lebih sedap dan garing.
  • Nak merangupkan ayam goreng hendak lah menggoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.

Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal dimasak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

  • Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu… so anda pun baru tahu hari ini.
  • Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap dan pekat tau.
  • Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye.

Terima kasih Puan Ayue! Semoga bermanfaat untuk semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here