Kini, dengan lambakan produk kosmetik di pasaran, adalah tidak sukar untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan bersih. Namun begitu, masih ada juga di antara kita yang gemar menggunakan petua orang lama dalam hal-hal berkaitan kecantikan ini.

Tidak dinafikan petua sebegini lebih banyak menggunakan bahan semulajadi yang tiada kesan sampingan untuk jangka masa panjang. Penyediaannya agak sedikit leceh, tetapi hasilnya memang wow! Berikut dikongsikan 11 petua nenek berkaitan kecantikan yang boleh anda cuba di rumah.

11Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air yang bersih.

10Merawat Panau

Ambil sepotong halia. Tumbuk halus dan tempelkan di tempat yang berpanau.

9Melicin Dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato yang masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan kering sehingga 20 minit. Bilas dengan air bersih. Seeloknya diamalkan 2 ke 3 kali seminggu.

8Menghilangkan Lebam Mata

Jangan buang teh uncang yang telah digunakan. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak tidur.

7Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka beberapa ketika. Biarkan selama beberapa minit sebelum dicuci dengan air yang bersih. Amalkan selalu. Buah tomato baik untuk membersihkan kulit.

6Menghilangkan Parut

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Bancuh bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian yang berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Petua ini sesuai untuk menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat di wajah.

5Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun disagat dan kemudian dicampurkan dengan tepung dan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Kemudian, sapukan ke muka dan dibiarkan kering. Basuh dengan air yang bersih.

4Memerahkan bibir

Sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Inshaa Allah bibir akan merah seperti memakai gincu.

3Merawat Kulit Berkedut

Bersihkan sebatang lobak merah dan parutkan ia. Kemudian campurkan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Gaul sebati. Sapukan pada bahagian berkedut sekali sehari.

2Kulit Cerah Dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Insha Allah kulit akan cerah, licin dan berbau harum.

1Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa dan sesudu tepung ubi. Kacau hingga ia menjadi larutan yang pekat. Pupurkan pada muka yang telah dicuci bersih. Biarkan selama 15 minit sehingga kering. Bilas dengan air bersih.

Anda sukakan tips ini? Tips yang mana anda dah cuba dan berkesan untuk kulit anda? Kongsikan bersama kami menerusi ruangan komen di bawah. Kepada yang baru nak mencuba, semoga berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here